Friday, April 16, 2010

Keturunan??!

Kenapa keturunan aku dipersoalkan?
Siapa dia persoalkan keturunan aku?
Salah aku ke keturunan aku macam tu?

Ya Allah, knp berat sungguh dugaan ni?
Hati aku sakit, pedih....
Tiba2 dia muncul dengan mengata dan menghina keturunan aku
Keturunan aku dipandang hina
Aku dikatakan perempuan jahat kerana keturunan aku
Kenapa kejam dunia ni?

Aku tak akan maafkan untuk selama-lamanya
Hati ini cukuplah kau menderita
Cukuplah percaya satu hari nanti semua akan tenang
Cukuplah percaya semua akan berakhir dengan elok

Kenapa dia perlu kata aku seteruk ni?
Aku sedih...terlalu sedih
Kenapa keturunan dipersoalkan...
Tak apa Shafira...
Seburuk2 keturunan, ia tetap keturunan aku
Ia tetap keluarga aku
Aku bersyukur dengan apa yang diberi dan dipinjamNya

Aku doakan kau dapat berjumpa dengan orang dari keturunan yang baik2..
Terima kasih atas semua kata2 hinaan selama ni...
Terima kasih tak terhingga

Sunday, April 11, 2010

Rindu...

Ya Allah...
Knp hari ini aku rasa sangat rindu pada dia...
Rindu sangat2...
Betul ke jalan yang dipilih ini?
Adakah dia juga berasa sama seperti aku?
Kenapa hidup aku asyik memikirkan dirinya?

Itulah hati...
Sukar ditafsiri
Diriku ini sukar untuk menyatakan semua
Aku buntu
Apa yang perlu aku lakukan?
Ayah, mama, abang, keluarga tidak restu
Perlukah aku ketepikan itu semua?

Ya Allah...
Tolong aku lagi
Aku pinta kepadamu
Aku buntu
Tolonglah aku
Sekiranya dia yang terbaik dan diciptakan untuk aku
Dekatkanlah kami
Sekiranya dia bukan yang terbaik
Jauhkanlah kami
Jika bukan, hati ini akan cuba hapuskan segalanya
Mungkin ada orang yang lebih baik untuk dirinya dan diriku ini...

Friday, April 9, 2010

Hati Yang Telah Kau Sakiti

Hati ini telah banyak disakiti
Hati ini sudah retak
Terlalu banyak kesakitan yang dialami
Mengapa ia harus dibiarkan saja

Salahkah jika hati ini diubati
Hati ini perlu dijauhkan dari puncanya
Punca kesakitannya

Terlalu banyak dipendam
Terlalu banyak disimpan
Hati ini tidak mampu lagi
Kerna telah banyak disakiti

Tolonglah....

Aku tak tahu
Bagaimana mahu aku buat lagi
Hati aku masih sakit lagi
Masih terngiang-ngiang kata-kata kasar kami berdua
Masih aku teringat lagi apa yang dikatakan
Ungkit mengungkit, salah menyalahkan
Tuduh menuduh, maki makian
Semua dikeluarkan

Adakah ini yang terbaik?
Adakah dengan meneruskan adalah jalan yang terbaik?
Orang yang boleh berfikir, pasti akan katakan tidak
Tapi, aku masih buntu
Keadaan sudah tidak sama macam dulu

Aku ibarat patung yang diletakkan di dalam balang kaca
Ditutup dengan kain
Tiada siapa boleh dekat
Tiada siapa boleh melihat
Aku hanya untuk dia
Bila diperlukan aku akan dikeluarkan
Sampai bila?

Aku ada hati dan perasaan
Aku rasa semua orang begitu
Kini, aku bebas
Tapi adakah ini yang aku mahukan?
Mungkin sudah biasa dengan caranya

Keluarga tidak akan sesekali menerima dan restu
Aku buntu lagi
Bagaimana ya Allah...
Dengarkanlah doakan ku ini...
Hati aku masih belum tenang sepenuhnya
Masih ada lagi di sana...

Hanya di sini aku luahkan segala yang ada di dalam hati ini
Moga ianya dapat meringankan segalanya
Tunjukkan jalan yang benar
Jalan yang betul
Jalan yang pasti untuk masa depanku
Tolonglah....

Thursday, April 8, 2010

Hari-Hari Aku...

Hari-hari aku bukan seperti yang dia fikirkan
Aku serabut
Aku buntu
Aku rindu
Aku benci
Aku sayang
Aku benci

Aku sedih dengan semua yang terjadi
Aku selalu teringatkan dia
Dia ada baiknya
Tapi keadaan semakin menjadi buruk
Aku tak mahukan perpisahan
Aku perlukan masa
Tapi, dia tak paham apa yang aku mahukan
Bukan bermakna aku tak mahu dia
Aku mahu, tapi aku dan dia perlu berubah
Kita perlu berserah pada ketentuanNya

Aku sedih
Aku tahu dia cintakan aku, dia sayangkan aku
Tapi dengan cara dia yang sendiri
Caranya kadang-kadang boleh merosakkan segalanya
Aku tak tahan dituduh, dimaki lagi
Aku penat
Aku sayang dia, cinta dia
Aku sering teringatkan dirinya
Tapi, itu semua mustahil untuk saat ini

Restu keluarga tak akan sekali aku dapat
sekiranya aku teruskan
Aku buntu

Bila kufikirkan kembali,
Keluarga adalah yang utama
Aku hanya mampu berserah
Mungkin sekarang aku dan dia tiada jodoh
Tapi, ketentuan dia tidak boleh kita engkar
Aku berdoa agar aku dan dia diberi jalan yang terbaik

Kiranya yang terbaik adalah bersama,
Dekatkanlah hati kami,
Bukakanlah hati keluarga kami jua,

Kiranya yang terbaik adalah perpisahan,
Bantulah kami agar dapat melupakan...

Saturday, April 3, 2010

10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Tuesday, March 30, 2010

Diriku dan Dia...

Hari ini aku bangun dari tidur disebabkan desakan supaya aku sembahyang Subuh...
Pada mulanya agak malas untuk aku bangun. Namun, Setelah mengingati apa yang berlaku, aku terus mengambil wuduk... Niat aku hanya untuk menyembahNya... yang selama ini telah aku lupakan... Aku mahu kekusyukan ketika menyembahNya, tapi agak sukar bagi aku kerna hati ini tidak tenang... Kunci kepada kekusyukan adalah hati ini tetap dalam solatnya, bukan ke arah lain..
Bagaimana untuk mendapat ketenangan hati? Aku akan cuba usahakannya Ya Allah...

Kini, banyak kesukaran yang aku lalui. Semuanya masih belum selesai lagi Ya Allah...
Tolonglah aku mendapatkan jawapan darimu Ya Allah...
Demi masa depan hambamu ini. Aku sangat lalai dalam kehidupan duniawiku. Dan, aku tidak mahu terus hanyut. Aku mohon agar Engkau bantu aku, kerna Engkau Maha Mengetahui. Berikan aku petunjuk lagi Ya Allah...

Semua ini bukan bermakna aku tidak mahu dia Ya Allah, tapi kalau dia bukan jodoh dan bukan dari dia aku dijadikan daripada tulang rusuk, jauhkanlah dia dari hidupku. Namun, sekiranya dia adalah jodoh aku yang sebenarnya, kau tunjukkanlah ya Allah... Dekatkanlah dia padaku, bantulah dia dengan petunjukmu...

Aku sedih ya Allah. Kerna aku sangat lalai. Terlalu banyak dosa aku padamu ya Allah...
Aku tidak mahu tangguh-tangguh lagi ya Allah... Akan aku lakukan apa yang seharusnya aku lakukan... Semoga aku dapat menyerahkan diriku sepenuhnya padaMu...

Amin ya rabbal alamin...

Sunday, March 28, 2010

Inside My Heart


Hm...hati aku bagaikan sudah penat menanggung derita
Tapi, hati ini juga sukar untuk lepaskan dirinya
Rasa sayang dan cinta masih kuat dalam hati ini
Namun, aku perlu memikirkan hidup aku sendiri
Perlukah aku teruskan? Perlukah aku menanggung derita ini sampai bila-bila?

Wahai hati, mengapa sukar untuk kau lafazkan?
Mengapa sukar untuk kau putuskan?
Mengapa sukar untuk kau lupakan?
Mungkin sudah lama kau menahan

Tapi, perlukah engkau menjadi kejam sebegini?
Perlukah engkau terima sedangkan engkau masih sakit?
Mengapa tidak ada yang mahu faham hati ini?
Mengapa perlu hati ini disakiti lagi?

Ya, hanya satu sahaja yang boleh membantu
Hanya Dia...
Dia sahaja yang memahami hati ini
Tiada yang faham akan hati ini
Aku hanya mampu berserah
Biar masa yang tentukan
Biar Dia yang tentukan

Aku putuskan untuk lepaskan dirinya
Agar dia tidak kecewa lagi dengan diriku yang tidak sempurna ini
Aku doakan agar dia paham
Dan berubah, demi masa depan
Yg tak pasti lagi...

Pesta Buku 280310





Daripada minggu lepas lagi aku plan nak pegi pesta buku...
Tak pernah aku pergi pesta buku, walaupun sebelum ni kerja dengan publisher buku, tapi tak berkesempatan
Tapi, hari ni dapat jugak aku pergi ke PWTC
Dengan niat bukan untuk beli buku sangat
Tapi nak jumpa kawan2 lama...
Dan, tengok sendiri kemeriahan dekat sana
Jadi aku ajak mama, dan adik2 (Eyah, Siti, Ahmad) dan 2 org kawan Ahmad
Ktorang pergi naik LRT dan komuter, sebab pikir jalan mesti JAM gila...
Ingat naik public transport ni lagi OK, tp KO lg ade la
Ramai gila orang, sesak sangat2...
Rasa menyesal pulak naik LRT dan komuter
Dah la, lama gila menunggu
Dalam hati, mungkin ni gara-gara pesta buku jugak kot
Sebab sebelum ni, rasanya tak seteruk ni
Rasanya lah, sebab dah lama gila jugak tak guna public transport ni
Bila sampai PWTC, rasa macam nak patah balik, pergi mall lagi ok
Ramai betul manusia dekat situ
Tapi aku teruskan jugak, sebab dah sampai kn
Tempat pertama aku tuju adalah tempat di mana Karangkraf dan Alaf21 diletakkan
Dalam dewan tu, bukannya boleh tengok buku
Beratur je memanjang
Sesak! Penuh sangat orang...
Jadi, aku berhenti satu tempat, ambiklah gambar untuk kenangan2
Tp, tiba2 ada orang sapa aku, kak Fira!!
Rupa2nya Mala adalah orang pertama yang aku jumpa dan kenal dekat situ
Hm...mama dan adik2 dah hilang entah kemana...
Depan aku dan Mala, ada pulak Kak Jie dan Abg Eri yang tengah susun buku
Aku jupe dorg bertiga je
Happy jugak dapat jumpa dorg...
Xpelah, at least ade jugak kawan yang aku jupe...
Tapi, aku sempat ambik gambar dengan Mala je, sbb Kak Jie dan Abg Eri sibuk dengan kerja
Bila dah nk balik pun ada masalah, sebab terpaksa melawan arus orang yang berpusu-pusu masuk ke PWTC
Dalam hati aku, macam mana dorg nak tgk dan cari buku yang dorg nak, sebab bagi aku susah nk cari buku sebab bersesak dengan orang ramai
Hm...mungkin tiada masalah bagi dorg...
Kalau aku pergi sorg, aku boleh jumpa kawan2 yg lain
Xpe lah, nx time...
Hm...kena pikir dulu lepas ni sama ada nk pergi lagi atau x pesta buku ni ;p

Im used to it?


Aku: Kak Pira tgh sedih ni... jgn kacau!
Eyah: Kak Pira sedih ke? Tp kak Pira dh biasa kn? I think, u sed to it, rite?
Aku: hm...mungkin... knp eyah cakap mcm tu?
Eyah: Sbb kak pira dah selalu mcm tu kan dgn dia.. Korg kan slalu bergaduh? Xpe, sabar yea...

Sedih dan terharu, kerna adik aku sendiri pun sedar yang selama ni aku hidup dalam keadaan macam ni... Tp, satu dia tak tahu, walaupun aku dah terbiasa mcm ni, tapi aku sayangkan dia hingga hari ni...
Cuma, sudah tiba masa untuk aku cari masa untuk aku betulkan diri aku, dan dia betulkan dirinya
Tapi, dia tak paham, dia pikir aku dah berubah
Padahal aku tak pernah berubah
Cuma, rasa sakit tu dah tertanam lama dalam hati ni... Lama-lama sampai aku dah tak tahan lagi
Tahankah hati seorang wanita bila lelaki yang disayangi mengeluarkan kata-kata kesat?
Bila bergaduh, kata-kata kasar sahaja yg keluar dari mulut masing2...
Aku tak salahkan dia seorang, kerna aku pun sama
sudah jadi kasar dalam tutur kata...
Aku bukan macam tu....
Aku tak mahu jadi macam tu...
Aku tahu dia sayangkan aku, tapi dia harus berubah, sama dengan aku
Jadi masa untuk kami berfikir penting demi masa depan masing-masing...
Semoga Allah berikan petunjuk pada kita... AMIN...

Suara Rindu (Azad Jazmin)

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernahku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapatku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Kenapa?


Hancur... Berkecai...
Mengapa dia perlu menggunakan perkataan2 yg kasar pada diriku?
Diungkit segalanya... Dia minta aku pulangkan segalanya
Kenapa dia terlalu kejam???
Kenapa?

Aku tahu kesilapanku, tapi dia terlalu ego...
Dia mahu melihat aku mati
Dia mahu melihat aku derita
Kenapa hati dia sekejam itu?
Kenapa?

Kesilapan Ku, Keegoan Mu

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

Saturday, March 27, 2010

Selamat Tinggal Semua

Ya Allah...
Adakah hikmah di sebalik semua ini?
Adakah ini balasan atas dosa2 aku di muka bumi ini?
Kenapa aku perlu hidup terseksa sebegini?
Klu dia jodoh aku, knp semua ni perlu berlaku?

Aku manusia yg xtahu bersyukur,
Aku hanya tahu salahkan takdir,
Aku bersalah padaMu Ya Allah...
Aku tahu ni samua hanya sementara
Mgkn manusia seperti aku perlu dibalas segera di bumi ini
Aku redha Ya Allah

Untuk dia di sana,
Aku terlalu sayang pada dirimu,
Namun, perhubungan ini xsekuat yg disangka,
Kita berdua mgkn terlalu ego dan mengikut rasa amarah,
Percayalah, semua yang berlaku ada hikmahnya

Tapi, kau berlaku kejam pada diriku,
Kata-kata darimu cukup pedih untuk aku dgr,
Kau salahkan aku untuk segala yang berlaku,
Hati ini sakit,
Jiwa ku sakit,
Aku hanya mampu berdoa agar satu hari nanti kau akan berubah,
Begitu juga diri aku yang serba kekurangan ini...

Semoga apa yang terjadi,
Kita jdkan pengajaran untuk masa depan,
Aku doakan yang terbaik untuk dirimu wahai kekasih yang kusayangi,
Tidak pernah engkau tahu,
Hanya engkau yang pertama dan terakhir dalam hidup aku,
Aku tidak akan melupakan dirimu untuk selama2nya,
Bencilah aku, bunuhlah aku,
Tapi hati ini tak bisa menipu,
Semoga kau berubah...
Begitu juga diriku...

Friday, March 26, 2010

Oh Blog! I'm back...

Lame betul tinggalkan blog. Dua tahun yg lepas bukan main excited bukak blog, tp 1 je post... :p
Disebabkan baru2 ni ade kejadian yg berlaku dlm hidup aku, then baru teringat yg aku pun ade blog... hm...life must go on!
Its hard to be strong when u'r not.. Tu apa yg aku rasa... Xpe, aku muda lg, skrg pikir mcm mane nk majukan diri... Skrg tgh plan nk buat bisnes, tp masih dalam proses perancangan lagi. Semoga apa yang dirancangkan tu menjadi. Amin...