Friday, April 16, 2010

Keturunan??!

Kenapa keturunan aku dipersoalkan?
Siapa dia persoalkan keturunan aku?
Salah aku ke keturunan aku macam tu?

Ya Allah, knp berat sungguh dugaan ni?
Hati aku sakit, pedih....
Tiba2 dia muncul dengan mengata dan menghina keturunan aku
Keturunan aku dipandang hina
Aku dikatakan perempuan jahat kerana keturunan aku
Kenapa kejam dunia ni?

Aku tak akan maafkan untuk selama-lamanya
Hati ini cukuplah kau menderita
Cukuplah percaya satu hari nanti semua akan tenang
Cukuplah percaya semua akan berakhir dengan elok

Kenapa dia perlu kata aku seteruk ni?
Aku sedih...terlalu sedih
Kenapa keturunan dipersoalkan...
Tak apa Shafira...
Seburuk2 keturunan, ia tetap keturunan aku
Ia tetap keluarga aku
Aku bersyukur dengan apa yang diberi dan dipinjamNya

Aku doakan kau dapat berjumpa dengan orang dari keturunan yang baik2..
Terima kasih atas semua kata2 hinaan selama ni...
Terima kasih tak terhingga

Sunday, April 11, 2010

Rindu...

Ya Allah...
Knp hari ini aku rasa sangat rindu pada dia...
Rindu sangat2...
Betul ke jalan yang dipilih ini?
Adakah dia juga berasa sama seperti aku?
Kenapa hidup aku asyik memikirkan dirinya?

Itulah hati...
Sukar ditafsiri
Diriku ini sukar untuk menyatakan semua
Aku buntu
Apa yang perlu aku lakukan?
Ayah, mama, abang, keluarga tidak restu
Perlukah aku ketepikan itu semua?

Ya Allah...
Tolong aku lagi
Aku pinta kepadamu
Aku buntu
Tolonglah aku
Sekiranya dia yang terbaik dan diciptakan untuk aku
Dekatkanlah kami
Sekiranya dia bukan yang terbaik
Jauhkanlah kami
Jika bukan, hati ini akan cuba hapuskan segalanya
Mungkin ada orang yang lebih baik untuk dirinya dan diriku ini...

Friday, April 9, 2010

Hati Yang Telah Kau Sakiti

Hati ini telah banyak disakiti
Hati ini sudah retak
Terlalu banyak kesakitan yang dialami
Mengapa ia harus dibiarkan saja

Salahkah jika hati ini diubati
Hati ini perlu dijauhkan dari puncanya
Punca kesakitannya

Terlalu banyak dipendam
Terlalu banyak disimpan
Hati ini tidak mampu lagi
Kerna telah banyak disakiti

Tolonglah....

Aku tak tahu
Bagaimana mahu aku buat lagi
Hati aku masih sakit lagi
Masih terngiang-ngiang kata-kata kasar kami berdua
Masih aku teringat lagi apa yang dikatakan
Ungkit mengungkit, salah menyalahkan
Tuduh menuduh, maki makian
Semua dikeluarkan

Adakah ini yang terbaik?
Adakah dengan meneruskan adalah jalan yang terbaik?
Orang yang boleh berfikir, pasti akan katakan tidak
Tapi, aku masih buntu
Keadaan sudah tidak sama macam dulu

Aku ibarat patung yang diletakkan di dalam balang kaca
Ditutup dengan kain
Tiada siapa boleh dekat
Tiada siapa boleh melihat
Aku hanya untuk dia
Bila diperlukan aku akan dikeluarkan
Sampai bila?

Aku ada hati dan perasaan
Aku rasa semua orang begitu
Kini, aku bebas
Tapi adakah ini yang aku mahukan?
Mungkin sudah biasa dengan caranya

Keluarga tidak akan sesekali menerima dan restu
Aku buntu lagi
Bagaimana ya Allah...
Dengarkanlah doakan ku ini...
Hati aku masih belum tenang sepenuhnya
Masih ada lagi di sana...

Hanya di sini aku luahkan segala yang ada di dalam hati ini
Moga ianya dapat meringankan segalanya
Tunjukkan jalan yang benar
Jalan yang betul
Jalan yang pasti untuk masa depanku
Tolonglah....

Thursday, April 8, 2010

Hari-Hari Aku...

Hari-hari aku bukan seperti yang dia fikirkan
Aku serabut
Aku buntu
Aku rindu
Aku benci
Aku sayang
Aku benci

Aku sedih dengan semua yang terjadi
Aku selalu teringatkan dia
Dia ada baiknya
Tapi keadaan semakin menjadi buruk
Aku tak mahukan perpisahan
Aku perlukan masa
Tapi, dia tak paham apa yang aku mahukan
Bukan bermakna aku tak mahu dia
Aku mahu, tapi aku dan dia perlu berubah
Kita perlu berserah pada ketentuanNya

Aku sedih
Aku tahu dia cintakan aku, dia sayangkan aku
Tapi dengan cara dia yang sendiri
Caranya kadang-kadang boleh merosakkan segalanya
Aku tak tahan dituduh, dimaki lagi
Aku penat
Aku sayang dia, cinta dia
Aku sering teringatkan dirinya
Tapi, itu semua mustahil untuk saat ini

Restu keluarga tak akan sekali aku dapat
sekiranya aku teruskan
Aku buntu

Bila kufikirkan kembali,
Keluarga adalah yang utama
Aku hanya mampu berserah
Mungkin sekarang aku dan dia tiada jodoh
Tapi, ketentuan dia tidak boleh kita engkar
Aku berdoa agar aku dan dia diberi jalan yang terbaik

Kiranya yang terbaik adalah bersama,
Dekatkanlah hati kami,
Bukakanlah hati keluarga kami jua,

Kiranya yang terbaik adalah perpisahan,
Bantulah kami agar dapat melupakan...

Saturday, April 3, 2010

10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”